
AL-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN
Jom sahabat2 ku sekalian,
Kita kenali siapakah beliau...
- Ahmad Ismail Yasin
- Lahir pada tahun 1938 di desa el Jaura pinggiran el Mijdal,selatan Genting Gaza
HANYA DIA:
- Seorang lelaki lumpuh yang membangun idea perlawanan hingga menjadi seorang yang tidak pernah berputus asa dan mengenak erti kekecewaan dalam keadaan sedemikian.
- Seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam
- Baginya seluruh detik hidupnya adalah untuk islam dan pembebasan bumi palestin
- Beliau berdakwah dan menyampaikan kuliah-kuliah pengajian dengan mengingatkan manusia kepada akhirat dan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk berjihad membebaskan bumi Palestin
- Beliau telah menyedarkan anak muda Palestin untuk bangkit menentang kekejaman rejim zionis yang telah merampas tanahair mereka secara zalim dan tidak berperikemanusiaan
- Beliau yang lumpuh seluruh tubuh badan telah mengajar dan membuktikan kepada dunia bahawa kekuatan yang sebenar bukanlah semata-mata terletak pada fizikal,tetapi ia sebenarnya terletak pada kekuatan aqidah,iman,rohani dan keyakinan kepada bantuan Allah swt
KATA-KATA HIKMAH SYEIKH AHMAD YASSIN:
- "Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan,sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka".
- "Jika saya terkorban,akan muncul seribu yang lain seperti diri saya".
-Kejadian berlaku apabila Syeikh Ahmad Yassin hendak pulang selepas solat subuh berjemaah,sebuah helikopter Apache milik tentera Zionis telah melancarkan 3 buah roket yang telah membedil Amir Syuhada' serta memusnahkan kerusi rodanya.seluruh badannya hancur kecuali kepalanya.
-Wajahnya tersenyum seolah-olah menunjukkan betapa bahagiaanya saat itu.itulah idamannya.Beliau pernah berkata:"saya tidak takut mati syahid,bahkan say cintakan mati syahid.ketika mereka inginkan saya,mereka boleh mendapatkan saya
0 comments:
Post a Comment