THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

usrah terhebat....


                         


Salam......
Inilah kebahagiaan kelasku..Nak tahu tak, di tengah2 tu adalah pensyarah kami yang banyak memberi kami erti teladan dalam kehidupan..Meriah betul suasana akhir kuliah kami untuk semester tiga ini. Bertuah kami dapat menimba ilmu dari seorang pensyarah seperti seorang ayah pada kami...Sebagai menghargainya, kami sepakat meraikan Dr. Jamal pada hari tu. Terharu dan tak terkata Dr. Jamal bila kami wat suprise mcm tu..Nak nangis pun ada katanya.hehehe. Semoga keakraban ini berkekalan sampai akhir hayat. Kami SAYANG Dr. Jamaludin....

PENGERTIAN BIDAAH DI SISI IMAM NAWAWI

oleh :


AzasIslam


Beliau menyatakan dalam kitabnya : "Tahzib al Asma wal Lughat" (Jld 3/22) bahawa : Bid'ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman rasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan ia terbahagi kepada bid'ah hasanah (bid'ah baik) dan bid'ah qabihah (yang keji).


Menurut as Syeikh al Imam Abu Muhammad Abdul Aziz bin AbdusSalam (yang disepakati akan kepimpinannya dalam agama), kemuliaannya, kemampuannya dalam menguasai pelbagai ilmu dan kecerdikannya) di penghujung kitabnya :"Al Qawaid" :


'Bid'ah dikategorikan kepada wajib sunat, haram, makruh dan harus. Kemudian beliau menyambung : "Dan cara untuk menentukannya ialah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah syarak (qawaid syar'iyyah). Jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan maka ia adalah wajib. Atau sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram.


Begitulah kalau dalam kaedah sunat, maka sunat. Kalau dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan kalau termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus.


Contoh-contoh :


1. Bagi bid'ah yang wajib


Antaranya :


a. Berusaha mempelajari dan mengajar Ilmu Nahu (tatabahasa Arab) yang dapat memahami al Quran atau hadith RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi wasallam melaluinya. Ia menjadi wajib kerana memelihara syariat adalah wajib dan tiada jalan untuk memeliharanya melainkan melaluinya. Jadi sesuatu yang tidak menyempurnakan yang wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.


b. Menghafaz bahasa yang pelik (gharib) yang terdapat dalam al Quran dan Hadith.


c. Menyusun ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid) dan Usul Fiqh dalam bentuk kitab dan buku.


d. Memperkatakan ilmu-ilmu yang berkait dengan Mustalah Hadith seperti Ilmu Jarah wa at ta'dil, ilmu untuk membezakan di antara hadith yang sahih dan hadith yang dhaif dan sebagainya.


Dalam hal ini, kaedah-kaedah syariah telah menentukan bahawa memelihara syariat adalah fardhu kifayah sekiranya ia boleh menyebabkan perkembangan ke atas perkara-perkara fardhu ain. Dan ia tidak dapat dibangunkan melainkan dengan apa yang telah kami nyatakannya di atas.


2. Bid'ah Haram


Seperti munculnya golongan Qadariah, Jabariah, Murjiah, Mujassimah dan sebagainya. Namun begitu, usaha menangkis fahaman golongan-golongan tadi termasuk dalam bid'ah yang wajib.


3. Bid'ah yang Sunat


Seperti : Mengadakan Ribat (tempat untuk berzikir kepada ALLah), sekolah-sekolah dan setiapkebajikan yang tidak pernah wujud pada zaman pertama RasuluLLah s.a.w) seperti solat Terawih 20 (20 rakaat berjemaah) dan mengajar tasawuf secara terperinci dan cara-cara untuk berhujah. Termasuk juga dalam kategori ini, mengadakan pertemuan mengumpul dalil-dalil dan hujah-hujah sekiranya ia diniatkan ikhlas semata-mata kerana ALlah s.w.t


4. Bid'ah Makruh


Seperti : Menghiasi masjid dan mashaf (kitab al Quran)


5. Bid'ah Harus


Seperti : Bersalam-salaman selepas solat Subuh dan Asar, mempelbagai makanan dan minuman yang enak,begitu uga pada pakaian, tempat tinggal, memakai selendang (diatas bahu),membesarkan lengan baju dan sebagainya.


Kemudian Imam al Nawawi meriwayatkan kata-kata Imam Asy Syafie yang bermaksud: "Perkara-perkara baru dalam agama ada dua bentuk" :


1. Perkara baru yang menyalahi Al Quran atau Hadith atau kata-kata para sahabat atau Ijmak, maka itu adalah bid'ah sesat.


2. Perkara baru yang berbentuk kebaikan yang tidak dipertikaikan oleh seorangpun di kalangan para ulama. Dan ini perkara baru yang tidak dikeji.


Saidina Umar r.a pernah berkata mengenai solat Terawih : "Sebaik-baik bid'ah ialah ini." Ianya membawa erti bahawa ianya benda baru dan belumpernah dilakukan sebelumnya. Walaupun ia tidak ada, ia tidaklah menolak apa yang datang sebelumnya..."


Seterusnya al Imam an Nawawi menyambung lagi: "Perkara baru yang diadakan dan tidak ada asas (dalil) dalam syarak dinamakan bid'ah. Tetapi sekiranya ada asas dalam syarak, maka ia bukannya bid'ah. "
Posted by azasIslam at 6:02 PM 0 comments

SYEIKH DAUD AL FATHONI, PENGARANG TERULUNG

Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir AbdullahSYEIKH Daud bin Abdullah al-Fathani bukan sahaja seorang ulama yang terkenal, tetapi juga seorang pengarang terulung di Asia Tenggara.
Sebahagian besar karya-karya beliau sangat terkenal di Asia Tenggara, bahkan masih digunakan untuk pengajaran dan dikaji oleh pelbagai golongan sehingga kini.
Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang fiqh, tetapi juga pelbagai bidang lain. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya beliau yang ditinggalkan sekalian lama, tetapi masih digunakan hingga kini dalam pelbagai peringkat.
Dalam artikel ini, penulis akan membicarakan maklumat ringkas tentang beberapa karya-karya beliau. Antara karya-karyanya adalah seperti berikut:
1. Bughyat al-Tullab
Kitab ini adalah kitab Fikah yang berkaitan bahagian ibadat yang dimulai dengan Sirat al-Mustaqim (1044 - 1054 H), karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri Aceh dan Sabil al-Muhtadin (1193 H), karya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Tiga buah buku tersebut adalah tiga kitab Jawi besar yang terlengkap dalam perkara ibadat di alam Melayu.
Pada bahagian mukadimah, Syeikh daud al-Fathani mencantumkan beberapa hadis tentang ilmu pengetahuan dan sejarah ringkas Imam Syafie. Kitab ini telah banyak kali dicetak di Mekah, Mesir dan Turki pada masa dahulu dengan diusahakan oleh Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan kemudian diteruskan oleh ahli waris iaitu Syeikh Abdullah Daud al-Fathani, Syeikh Muhammad Daud al-Fathani dan Syeikh Nur Daud al-Fathani.
Manuskrip kitab ini yang berupa tulisan tangan tersimpan di Pusat Islam bernombor M.I.407, M.I.306, menyebut juga kitab bertajuk Perhubungan Bughyat al-Tullab, yang ditulis oleh Muhammad Salib bin Jaib pada 10 Safar 1275 H.
2. Al-Saidu wa al-Zabaih
Syeikh Daud al-Fathani hanya menyebut tarikh tulisannya pada hari Rabu 10 Safar, tanpa menyebut tahunnya dan ditulis di Mekah. Kandungannya membicarakan hukum penyembelihan, hukum pemburuan, hukum korban, hukum akikah, hukum binatang halal dan haram dimakan dan lain-lain yang ada kaitan dengan perkara-perkara tersebut itu.
Kitab ini juga banyak kali diterbitkan di Mekah, Mesir dan Turki. Manakala yang berupa manuskrip selain terdapat dalam koleksi penulis, tersimpan juga di Pusat Islam Malaysia yang bernombor M.I.246 dan 449.
3. Al-Bahjat al-Saniyat
Kitab ini juga hanya menyebut haribulan, iaitu selesai menulis pada hari Sabtu, waktu Asar 16 Safar tanpa menyebut tahun dan juga ditulis di Mekah. Adapun kitab Bahjat al-Saniyat ini merupakan terjemahan dan syarahan dari kitab gurunya Syeikh Ahmad al-Marzuqi. Asalnya adalah catatan imlak daripada ulama tersebut kepada Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjar. Syeikh Syihabuddin pula adalah termasuk salah seorang murid Syeikh Daud al-Fathani. Syeikh Syihabuddin mencatat daripada imlak itu dengan bahasa Arab dan selesai menulisnya pada hari Selasa bulan Zulhijjah 1258 H.
Catatan imlak tersebut dinamakan dengan Aqidat al-Awam. Syeikh Ahmad al-Marzuqi menyuruh Syeikh Daud al-Fathani mensyarah kitab itu dan menterjemahkan sekali ke dalam bahasa Melayu. Kandungan kitab ini ialah tentang ilmu tauhid dan sekelian perkara yang ada hubungan dengannya.
Manuskrip kitab ini tersimpan juga di Pusat Islam Malaysia yang bernombor M.I. 224,295 dan 359. M.I.244 adalah tulisan tangan Mahmud bin Yusuf al-Jawi Tarkanu (Terengganu) pada 4 Rabiul Thani 1261 H. Ini bererti penyalin tersebut sempat menemui masa-masa kehidupan Syeikh Daud al-Fathani. Dapat diyakini bahawa beliau termasuk salah seorang murid Syeikh Daud al-Fathani, penyusun kitab tersebut.
4. Wasaya Al-Abrar Wa Mawaiz al-Akhyar
Tulisan tangan asli naskhah kitab ini penulis temui pada April 1989 M. Kitab ini merupakan terjemahan dan sedutan daripada karya Syeikh Muhammad bin Umar al-Ghamari al-Wasiti. Kitab ini sangat penting membahas bidang tasawuf yang sangat mendalam. Tarikh penulisannya juga tidak disebut oleh beliau.
5. Manhalush Shafi
Penulis menemui dua versi manuskrip tulisan tangan kitab ini iaitu yang ditulis oleh moyang penulis, Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, iaitu murid Syeikh Daud al-Fathani pada tahun 1276 H. Sebuah lagi adalah tulisan Wan Umar bin Wan Ahmad al-Jambu, tanpa menyebut tahun penulisannya.
Di Pusat Islam Malaysia, ternyata kitab ini termasuk yang terbanyak manuskripnya yang ditulis oleh ramai orang. Nombor-nombornya adalah M.I. 262, 354, 414, 429, 448, 467, 504, 603, 668, dan 669. Manuskrip tersebut ada yang cukup halamannya, ada pula yang tidak lengkap malah halamannya tidak teratur.
6. Munyat al-Mushalli
Syeikh Daud al-Fathani menyelesaikan kitab Munyat al-Mushalli ini dalam tahun 1242 H. Dalam beberapa naskhah terdapat perbezaan kenyataan haribulan. Contoh dalam manuskrip nombor M.I. 202 menyebut selesai menulis pada waktu Dhuha, hari Selasa 15 Zulhijjah 1242 H, manakala dalam M.I. 238 adalah waktu Isyak, malam Ahad bulan syawal 1243 H.
Cetakan pertama kali kitab ini ialah pada tahun 1310 H oleh Matba’ah al-Miriyah Mekah. Cetakan pertama atas usaha waris dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani sebagai pentashihnya. Di bahagian tepinya dicetak karya waris atau keluarga bernama Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Keresik al-Fathani bertajuk Risalah Yang Bernama Muhimmat.
Kitab Munyat al-Mushalli adalah kitab yang paling banyak digunakan untuk pelajaran sembahyang di seluruh Asia Tenggara, baik peringkat permulaan mahupun peringkat tertinggi. Sebelum kitab ini dicetak, salinannya juga banyak. Sebagai contoh, banyak tersimpan di Pusat Islam Malaysia yang bernombor M.I. 130, 132, 136, 152, 205, 238, 258, 392, 425, 469, 512, 585, 622 dan 727.
Kitab ini pernah diringkaskan dan diberi tajuk Pati Munyat al-Mushalli, juga pernah disyarahkan dengan diberi tajuk ‘Syarah Munyat al-Mushalli’. Keduanya diusahakan oleh waris keluarga Syeikh Daud al-Fathani, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdullah al-Jambu, Patani.
7. Bahjat al-Mardiyat
Kitab ini selesai ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani pada 14 Syawal 1259 H. Kitab ini biasa dicetak kembar sekali dengan kitab Munyat al-Mushalli dan sangat banyak kali diterbitkan sama ada percetakan tempatan mahupun luar. Malahan kitab ini masih terus beredar sehingga kini.
Isinya membicarakan tentang tatacara seorang makmum mengikut imam dalam sembahyang berjemaah. Ia meliputi perkara muafiq dan masbuq. Manuskrip kitab ini tersimpan di Pusat Islam dengan nombor 19, 136, 151, 152 dan 244.
8. Hidayat al-Muta’allim
Kitab ini selesai dikarang oleh Syeikh Daud al-Fathani pada hari Jumaat, 12 Jumadil Thani 1244 H. Manuskripnya bernombor M.I. 589 di Pusat Islam Malaysia adalah salinan Mustafa Haji Muhammad Hasan bin Tuan Abdur Rahman Candani pada 3 Jumadil Thani pada hari Sabtu, tanpa menyebut tahunnya. Salinan ini daripada salinan pengarangnya iaitu pada waktu Dhuha, hari Isnin 15hb. Syaaban 1248 H. Naskhah ini tidak lengkap, hanya dimulai dari perkara sembahyang dalam perjalanan. Naskhah nombor M.I. 382 juga tidak lengkap, hanya mencantumkan perkara Hadith empat puluh sahaja. Naskhah nombor M.I. 149 juga tidak lengkap, hanya membicarakan tasawuf, iaitu merupakan bahagian terakhir kitab ini.
Kitab Hidayat al-Muta’allim ini adalah kitab fikah yang terlengkap semua bab atau bahagiannya yang pertama sekali di Asia Tenggara. Kitab ini dicetak buat pertama kalinya oleh Matba’ah al-Miriyah Mekah pada 1312 H. Sebelum dicetak telah ditashih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan dibantu oleh murid dan anak saudaranya Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani.
Sumbangan beliau dalam Kesusasteraan Melayu Klasik
(A) Karya yang benar-benar bercorak sastera:
1. Kifayat al-Muhtaj fi Bayani Isra’wa al-Mi’raj.
2. Tarikh Patani, tahun 1228 H/1813 M.
3. Maulud Nabi, tahun 8 Muharam 1230 H/1815 M.
4. Saudagar Miskin, tahun 15 Ramadan 1233 H/1817 M.
5. Al-Muswaddah, tahun 9 Rabiulawal 1234 H/1818 M.
6. 'Iqdat al-Jawahir, tahun 20 Safar 1245 H/1829 M.
(B) Karya sastera dalam disiplin ilmu-ilmu lain:
i. Puisi/Syair/Nazam :
- Puisi-puisi nasihat yang dimuat dalam Jam’ul Fawaid, tahun 1239 H/1823 M.
- Puisi terjemahan Matan Zubad yang dimuat dalam Fathul Mannan li Safwatiz Zubad, tahun 20 Safar 1249 H/1833 M.
ii. Hikayat:
- Hikayat Nabi Yunus, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
- Hikayat Hasan al-Asy'ari Berhujah Dengan Jubbai, dimuat dalam Ad-Durr ats-Tsamin dan Ward az-Zawahir.
iii. Manaqib:
- Manaqib Saiyidina Abu Bakar Shiddiq, dimuat dalam Fathul Mannan.
- Manaqib Saiyidina Umar al-Faruq, dimuat dalam Fathul Mannan.
- Manaqib Saiyidina Uthman bin Affan, dimuat dalam Fathul Mannan.
- Manaqib Saiyidina Ali bin Abi Thalib, dimuat dalam Fathul Mannan.
- Manaqib Imam Hanafi, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Fathul Mannan.
- Manaqib Imam Maliki, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Fathul Mannan.
- Manaqib Imam Syafie, dimuat dalam Ward az-Zawahir, Bughyat at-Tullab dan Fathul Mannan.
- Manaqib Imam Hanbali, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Fathul Mannan
- Manaqib Junaid al-Baghdadi, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
iv. Sejarah/Tarikh
- Sejarah Perang Badar, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
- Sejarah Perang Uhud, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
v. Kisah/cerita
- Kisah Nabi Adam dan Hawa Dalam Syurga dan Sebab Keluar Keduanya Dari Syurga, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
- Kisah Nabi Yusuf (a.s), dimuat dalam Jam’ul Fawaid.
- Kisah Nabi Sulaiman dan Balqis, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
- Kisah Nabi Muhammad s.a.w. Membelah Bulan, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
- Kisah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Jam’ul Fawaid.
Karya-karya beliau yang telah ditemui, sama ada berupa manuskrip mahupun yang bercetak:
1. Kifayat al-Muhtaj, tahun cipta 1204 H.
2. Idah al-Bab, tahun cipta 1224 H.
3. Nahju al-Raghibin I, tahun cipta 1226 H.
4. Ghayat al-Taqrib, tahun cipta 1226 H.
5. Bulugh al-Maram, tahun cipta 1227 H.
6. Ghayat al-Maram, tahun cipta 1229 H.
7. Al-Dur al-Thamin, tahun cipta 1232 H.
8. Tuhfat al-Raghibin II, tahun cipta 1233 H.
9. Nahju al-Raghibin II, tahun cipta 1234 H.
10. Masauwaddah, tahun cipta 1234 H.
11. Kasyful Ghummah, tahun cipta 1238 H.
12. Jam'ul Fawaaid, tahun cipta 1239 H.
13. Minhajul 'Abidiin, tahun cipta 1240 H.
14. Kanzul Minan, tahun cipta 1240 H.
15. 'Aqidat al-Jawahir, tahun cipta 1245 H.
16. Fathul Mannan, tahun cipta 1249 H.
17. Jawaahirus Saniyah, tahun cipta 1252 H.
18. Sullamul Mubtadi, tahun cipta 1252 H.
19. Furu'ul Masail, ditulis mulai tahun 1254 H, selesai tahun 1257 H.
20. Bahjatul Mardhiyyah, tahun cipta 1259 H.
21. Al-Bahjatul Wardhiyah, tahun cipta 1259 H.
22. Matnu Hikam li al-'Allamah Ibni Ruslan (bahasa Arab).
23. Al-Tanbih (bahasa Arab).
24. Kaifiyat Salat Tarawih.
25. Fawaidul Fikri Imamil Mahdi.
26. Qismuz Zakati Bainal Asnaf.
27. Risalah Syathariyah wa Samaniyah.
28. Fatwa Berjual Beli dengan Kafir.
29. Hukum Haid dan Istihadhah.
30. Nubzah fi Bayan Syurutil Jumu'ah.
31. Ta'liqul Latif.
32. As-Shaidu waz Zabaaih, kandungannya perkara binatang yang halal dan haram menurut Mazhab Syafie.
33. Dhiyaaul Murid, ditulis sewaktu berkunjung rumah Sultan Muhammad Shafiuddin di Kampung Parit Dalam, Sambas, Indonesia.
34. Shifat Dua Puluh.
35. Terjemahan Bidayatul Hidayah..
36. Bisyaratul Ikhwan.
37. Kaifiyat Khatam al-Qur'an.
38. Muzakaratul Ikhwaan.
39. Risaalatus Saail.
40. Kifayatul Mubtadi.
41. Tanbih al-Ghafilin.
42. Risalah tentang Kelebihan Basamalah.
43. Risalah Kelebihan Hamdalah.
44. Risalah Jawab Persoalan.
Karya-karya beliau yang telah diketahui, tetapi belum ditemui:
1. Qisah Nabi Yusuf (a.s).
2. Hikayat Laki-laki yang Soleh.
3. Muqaddimat al-Kubra.
4. Al-Qurbu ila Ilah.
5. Kifayat al-Jawiyat.
6. Jinayat al-Taktub.
7. Ta’alluq bi Kalimat al-Iman.

WANITA SEJATI...



Wanita bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.


Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni.
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.


Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,
perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Arghh... tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.


Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

CINTA MENURUT ISLAM

















lebih bermakna kini..tapi terus menerokai..



assalamualaikum..

saat ini,mungkin insan lain berada dalam kegembiraan bersama rakan taulan,sahabat handai dan keluarga..namun bagi diri ini,masih berada dalam jiwa yang merindui suasana kehidupan yang dulu,biar getir tapi masih ada mereka di sisi selalu membantu,mengiringi perjuangan bersama,suka dan duka.bagaimana dulu saat aku rebah kebuntuan menghadapi kegagalan,ada penyuluh sinar yang memberi kata-kata semangat,tidak lekang mencurahkan nasihat,menjadikan aku kembali untuk meneruskan cita-cita yang hampir terpadam.


saat itu,jika diimbau kembali,membuatkan aku menitiskan air mata,terlalu merindui.sukar ditafsir pada mereka yang tidak memahami.semua itu telah berlalu pergi,yang tinggal kini hanyalah kenangan yang tak bisa akan kulupakan sampai akhir hayatku.biar ia jadi satu memori terindah dalam hati ini.yang pasti,itulah pengalaman yang mematangkan



AL-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN



Jom sahabat2 ku sekalian,

Kita kenali siapakah beliau...
  • Ahmad Ismail Yasin
  • Lahir pada tahun 1938 di desa el Jaura pinggiran el Mijdal,selatan Genting Gaza

HANYA DIA:

  • Seorang lelaki lumpuh yang membangun idea perlawanan hingga menjadi seorang yang tidak pernah berputus asa dan mengenak erti kekecewaan dalam keadaan sedemikian.
  • Seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam
  • Baginya seluruh detik hidupnya adalah untuk islam dan pembebasan bumi palestin
  • Beliau berdakwah dan menyampaikan kuliah-kuliah pengajian dengan mengingatkan manusia kepada akhirat dan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk berjihad membebaskan bumi Palestin
  • Beliau telah menyedarkan anak muda Palestin untuk bangkit menentang kekejaman rejim zionis yang telah merampas tanahair mereka secara zalim dan tidak berperikemanusiaan
  • Beliau yang lumpuh seluruh tubuh badan telah mengajar dan membuktikan kepada dunia bahawa kekuatan yang sebenar bukanlah semata-mata terletak pada fizikal,tetapi ia sebenarnya terletak pada kekuatan aqidah,iman,rohani dan keyakinan kepada bantuan Allah swt

KATA-KATA HIKMAH SYEIKH AHMAD YASSIN:

  • "Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan,sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka".
  • "Jika saya terkorban,akan muncul seribu yang lain seperti diri saya".
GUGURNYA SYAHID SYUHADA':

-Kejadian berlaku apabila Syeikh Ahmad Yassin hendak pulang selepas solat subuh berjemaah,sebuah helikopter Apache milik tentera Zionis telah melancarkan 3 buah roket yang telah membedil Amir Syuhada' serta memusnahkan kerusi rodanya.seluruh badannya hancur kecuali kepalanya.

-Wajahnya tersenyum seolah-olah menunjukkan betapa bahagiaanya saat itu.itulah idamannya.Beliau pernah berkata:"saya tidak takut mati syahid,bahkan say cintakan mati syahid.ketika mereka inginkan saya,mereka boleh mendapatkan saya