THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

lebih bermakna kini..tapi terus menerokai..



assalamualaikum..

saat ini,mungkin insan lain berada dalam kegembiraan bersama rakan taulan,sahabat handai dan keluarga..namun bagi diri ini,masih berada dalam jiwa yang merindui suasana kehidupan yang dulu,biar getir tapi masih ada mereka di sisi selalu membantu,mengiringi perjuangan bersama,suka dan duka.bagaimana dulu saat aku rebah kebuntuan menghadapi kegagalan,ada penyuluh sinar yang memberi kata-kata semangat,tidak lekang mencurahkan nasihat,menjadikan aku kembali untuk meneruskan cita-cita yang hampir terpadam.


saat itu,jika diimbau kembali,membuatkan aku menitiskan air mata,terlalu merindui.sukar ditafsir pada mereka yang tidak memahami.semua itu telah berlalu pergi,yang tinggal kini hanyalah kenangan yang tak bisa akan kulupakan sampai akhir hayatku.biar ia jadi satu memori terindah dalam hati ini.yang pasti,itulah pengalaman yang mematangkan



AL-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN



Jom sahabat2 ku sekalian,

Kita kenali siapakah beliau...
  • Ahmad Ismail Yasin
  • Lahir pada tahun 1938 di desa el Jaura pinggiran el Mijdal,selatan Genting Gaza

HANYA DIA:

  • Seorang lelaki lumpuh yang membangun idea perlawanan hingga menjadi seorang yang tidak pernah berputus asa dan mengenak erti kekecewaan dalam keadaan sedemikian.
  • Seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam
  • Baginya seluruh detik hidupnya adalah untuk islam dan pembebasan bumi palestin
  • Beliau berdakwah dan menyampaikan kuliah-kuliah pengajian dengan mengingatkan manusia kepada akhirat dan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk berjihad membebaskan bumi Palestin
  • Beliau telah menyedarkan anak muda Palestin untuk bangkit menentang kekejaman rejim zionis yang telah merampas tanahair mereka secara zalim dan tidak berperikemanusiaan
  • Beliau yang lumpuh seluruh tubuh badan telah mengajar dan membuktikan kepada dunia bahawa kekuatan yang sebenar bukanlah semata-mata terletak pada fizikal,tetapi ia sebenarnya terletak pada kekuatan aqidah,iman,rohani dan keyakinan kepada bantuan Allah swt

KATA-KATA HIKMAH SYEIKH AHMAD YASSIN:

  • "Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan,sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka".
  • "Jika saya terkorban,akan muncul seribu yang lain seperti diri saya".
GUGURNYA SYAHID SYUHADA':

-Kejadian berlaku apabila Syeikh Ahmad Yassin hendak pulang selepas solat subuh berjemaah,sebuah helikopter Apache milik tentera Zionis telah melancarkan 3 buah roket yang telah membedil Amir Syuhada' serta memusnahkan kerusi rodanya.seluruh badannya hancur kecuali kepalanya.

-Wajahnya tersenyum seolah-olah menunjukkan betapa bahagiaanya saat itu.itulah idamannya.Beliau pernah berkata:"saya tidak takut mati syahid,bahkan say cintakan mati syahid.ketika mereka inginkan saya,mereka boleh mendapatkan saya


HATI..


"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.pertama ke tempat orang membaca al quran,tidak kira sama ada kamu mengikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.kedua kamu menghadiri majlis ilmu yamg mengingatkan kamu kepada allah.ketiga kamu mencari waktu yang sunyi,contohnya ketika di malam hari dan ketika kamu bangun melaksanakan ibadat kepada allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian kepada hati kamu.jika selepas melakukan perkara-perkara itu,tetapi jiwamu masih tidak tenteram,mintalah kepada allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kau miliki sekarang in bukan hatimu".

-Abdullah ibnu Masu'd-


WANITA SEJATI...



harta yang paling bernilai,
yang dikatakan wanita sejati,
adalah.....
yang melindungi diri dan hatinya
dengan malu.
yang menaburkan sopan ke setiap penjuru,
yang melembutkan suara merdunya,
yang sentiasa cekal dan tabah hatinya,
yang tidak patah semangat wajanya,
yang memberikan cinta ke sejagat mayanya,
yang memenuhkan hati dengan keinsafannya,
yang mengosongkan kalbu dari dendam,
yang menyemarakkan kasturi di kelopak IMAN,
Akhwat...
wanita dipandang dari PERIBADINYA,
dilihat dari AKHLAKNYA,
dinilai dari KESABARANNYA,
dinilai dari KESETIAANNYA,
ditinjau dari sifat KEIBUANNYA.

'WANITA YANG IDEAL IALAH WANITA YANG TIDAK AKAN DIUBAH OLEH ARUS DUNIA TETAPI DIA YANG MENGUBAH DUNIA DENGAN IMAN DAN AKHLAKNYA'.